May Summary

Posted by lapargirl59 on Thursday 31 May 2012. Filed under:
No Comments »


Alhamdullillah, May dah pun berlalu. Syukur sangat sebab aku berjaya jugak lalui bulan ni. Yang atas ni ialah kalendar workout aku hehe. Target aku minimum 20 kali pergi gym untuk bulan ni. Tercapai la jugak. Hehe.. So, mari kita analyze gamba di atas!

Yang pink-pink ada smiley tu maknanya happy workout day. 
Yang pepel tu not happy workout day. 
Pangkah is malas day and rest tu rest day la.

Total pergi gym: 22 kali/20 hari
Total unhappy day at the gym: 3. (31st May tu silap tanda.)
Rest day: 8
Malas day: 3

Apa yang tak best disini ialah 2 kali je aku pergi kelas malam. Dem. Membazir je bayar kalau tak pergi kan?kan? Tapi nak wat cemane, partner tak ada. Kalau malam aku segan, orang ramai. Hoho.
Aku berharap sangat bulan 6 akan lebih baik dari bulan ni. Yela, kita mestilah nak lebih baik kan. Less rest day ke, no more unhappy day ke. Hoho.
Overall, setakat ni aku happy dengan usaha bulan May ni. =D


Day 35: May is over baby!

Posted by lapargirl59 Filed under: , , ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 30 min (Fail C25K W5W3)
Weights: 20 min
Cross trainer: 15 min

Ngeh, ngeh. Harini mood down sebab fail C25K. Sepatutnya lari 20 min non-stop tapi aku tak boleh. Huaaaa...  9 minit lari lepas tu jalan. Sucks man. Besok try lagi sehabis mungkin. Lepas aku dah fail tu terus keciwa sangat. Workout lepas tu ke laut. Hoho..Tambah lagi perut cramping. Aduhh.. 

Makan
Breakfast
Oat+nesvita

Post work out
Pisang sebijik

Lunch
Nasik sepinggan+sambal petai+terung goreng

Petang
Nasik sepinggan+sambal petai
Kopi o

Dinner
Nasik sepinggan+sambal petai
Teh O

Snack
Anggur beberapa bijik+chipsmore 2 keping

Hahaha! Aku tutup bulan may dengan makan macam monstaaaa! Sikit pun tak nyesal sebab sambal udang petai is my very own kryptonite. And come on, I kicked May's ass baby. Next post is rumusan May punya workout. 


Day 34: i love running!

Posted by lapargirl59 on Wednesday 30 May 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 30  min (C25K W5W2)
Weights: 30 min
Cross trainer: 20 min
Rowing: 2000m

I LOVE RUNNING! Huahua.. Tak sangka itu yang aku sebut. Tapi seriusly. Lepas 5 weeks into C25K rasa macam tak lengkap kalau tak lari atas treadmill. Huhu. Walaupun aku lari slow, tapi aku pedulik apa. Bukan nak compete dengan orang lain. Yes, aku jeles tengok auntie tu lari 30 min and lagi laju dari aku. Tapi anggap la itu satu motivation. And tengok lah berat aku. Aku rasa double berat auntie tu kot. And sekarang ni aku macam dont really care how much weight I'm losing. Aku lagi happy bila aku dapat lari lama. Lagi happy bila resistance kat weight machine tu lagi banyak dari waktu first aku datang gym. Kalau dulu aku tak boleh, sekarang aku boleh. Biar tak nampak kat scale tapi aku sendiri rasa the changes of my body. Aku tak sedih pun bila almost 2 months gi gym tapi turun 3 kg je. Aku happy! Haha..No regrets! =D

Makan
Breakfast
oat+nesvita

Lunch
Nasik segenggam+gulai ikan parang sepotonh+ayam 2 ketul+baby carrot segenggam

Snack
Yogurt+strawberry 3 bijik
anggur 

Dinner
Oat+nesvita+kopi se-mug

Sebab tak nak kejadian muntah lepas makan berulang aku makan nasik sikit je. Tapi beberapa jam lepas makan aku makan buah-buahan untuk alas perut. Setakat ni ok la. Sekarang ni aku teirngin nak makan subway. Tapi subway lom dapat sijil Jakim. Aku research yang subway ni dia dikira halal. Tapi lom dapat sijil jakim, Dalam proses. InsyaAllah boleh makan tapi ada sikit rasa was-was. Tak yakin. Huhu..So bersabar je la...



Day 33: Back on track!

Posted by lapargirl59 on Tuesday 29 May 2012. Filed under: , , ,
No Comments »

Gym
10.30am-12.15pm
Treadmill: 30 min (C25K W5W1)
Weights: 30 min
Cross trainer: 15 min
Rowing: 2000m

Malam
Jillian's : 15minit

Malas nak cerita the last 2 days punya story. Bad times. PMS-ing. Same time macam last month. Nafsu makan membuak-buak. Muntah lepas makan. Grrrr... And tadi pergi gym lambat sebab bangun lambat. Huhu. Semalam lagi la. Boleh tido balik sedar-sedar dah pukul 12. Next month kena prepare. Siap-siap yogurt untuk binge. Hehe. 
C25K harini memang membanggakan. Aku lari 5 min straight 3 kali. Means 15 min. Aku tak pedulik kaki sakit ke apa. I kept on running =D. Lepas tu serius after buat weights 30 minit dah nak balik da. Yela, dah dekat pukul 12 kot. Tapi aku cakap kat diri sendiri, buat cross trainer 15 min je ok? Hehe.. Lepas tu baru ada orang datang. Semangat pulak. Terus buat rowing 2000m. Kalau awal-awal dulu tak ada orang baru best. Sekarang nak ada orang. Baru semangat. Tengok orang semangat, kita pun semangat kan. Hee..
Aku baru je lepas wat Jillian. Ingatkan 30DS. Sebab lama dah tak wat tak pasan orang dia lain. Lama-lama wat baru perasan. Eh, ni bukan 30DS. Time tu dah kuyup dengan peluh. Ceh. Tak pe sok kita star 30ds btol-btol punya.

Makan
Breakfast
Oat+nesvita

Lunch
Nasik 1 senduk+ayam berlada 2ketul kecil+sayur sawi

Petang
Ayam 2 ketul kecik
oat+nesvita

Dinner
Buah lai 1 bijik setengah

Snack
Hotdog instant 1 1/2

Hot dog instant beli dekat hari belia kelmarin. Tak yah goreng, terus makan jek. Maksudnya: chemicals overload! Haha. Tapi sebab teringin aku beli je. And you dont want to know how much I've ate that thing. Hehe. Dan tahulah ayamg berlada yang mak aku buat adalah fav aku. 3 pinggan nasik pun boleh. Tapi harini 1 senduk nasik je. Sebab, aku serik asyik muntah je makan. Lepas muntah lapar balik and ntah apa-apa aku makan nanti. So, nak selamat makan sikit je. Huhu..


Aku rasa timbang sebulan sekali macam susah sikit untuk aku track berat aku. So decide nak timbang setiap hari Jumaat. Baru rasa logik sikit ye tak. Sebulan macam lama sangat gap nye. Hoho..




Loya

Posted by lapargirl59 on Saturday 26 May 2012. Filed under:
No Comments »

Harini tak gi gym. Hehe.. Not feeling very well la. Here's the story. Pagi aku makan roti canai sekeping. Then tengah hari siap-siap nak pergi rumah kawen. Sekali silap tengok tarikh. Besok rupanya. So kensel and kitorang satu family pergi tesco. Ingat nak makan chicken rice tapi nasik tak masak lagi. So kitorang beli barang and makan lepas tu. Masa makan tu memang aku berselera gila lah. Cheat day ni. Lepas dah habis nasik sepinggan dah start da. Aku rasa loya. Memang banyak kali jadi kalau makan chicken rice shop ni. After taste dia tak best. Aku minum la ice lemon tea tu kot-kot boleh lega. Seminit dua lepas tu serious dah tak tahan terus aku blah gi toilet. Dah lah dari hujung sini nak ke hujung sana. Aduh. Orang pulak jalan berlenggang. Geram aku. Sampai toilet tak nyempat nak kunci pintu terus aku terbuwekkk kat situ. Habis keluar semua. Membazir je makan. Dari rasa kembung terus kempis balik perut. 

Tu lah pelik. Kalau tempat lain makan okay je. Chicken rice ni yang problem. Aku rasa sebab makanan diorang ni banyak guna penambah perisa. Kalau sayur dia rasa masin je. Sup pulak rasa ajinomoto. Memang la sedap masa makan. Lepas makan rasa pelik. Huhu. Aku rasa memang aku dah tak boleh nak makan chicken rice shop lagi. Bila teringat ni pun rasa loya. Sampai sekarang kot. Balik je dari tesco terus aku bukak fridge and makan yogurt+strawberry+anggur. Hilang lapar sikit. Malam dah lapar balik. Nasib baik ada pasar malam. Aku makan yong tau foo. Tapi sebab dah loya siang tadi, malam pun sama. Lepas makan tadi dah rasa lain macam. Tapi sekejap je la. Lepas tu ok balik. Tapi bila fikir, maybe aku makan laju sangat kot. But selama ni tak ada pulak masalah. Tak ada la sampai muntah walaupun aku menketedaghah tak ingat donia. Yong tau foo tadi pun tak sedap bagi aku. Manis sangat. So sekarang ni aku minum je la kopi hitam ni. Lega sikit tekak.


Day 32: Tak sihat

Posted by lapargirl59 on Friday 25 May 2012. Filed under: ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 30 min
Weights: 10 min
Cross trainer: 30 min
Weights: 10 min

Harini bangun je rasa tak sedap badan. Macam nak demam. Maybe sebab malam tadi hujan and sejuk. Aku memang tak tahan sejuk. Kalau bawak kete pun tak leh aircond kuat sangat. Nanti demam. Huhu. Tapi paksa jugak pergi gym. Naik treadmill. Tak lari pun. Jalan lelaju. 


Makan
Breakfast
Oat+nesvita

Lunch
Nasik 2 senduk+ikan tenggiri masak sambal+telur dadar

Snacks
Apple hijau
Strawberry 2 bijik

Dinner
Oat+nesvita+strawberry 2 bijik

Hehe. Harini pergi beli buah and sayur. Aku beli buah pear,apple,anggur and strawberry. Nasib baik tak beli mangga sekali. Macam tak sempat habis je. Hoho. And aku beli baby carrot untuk buat lauk kalau tak ada sayur. Hee. Seronok bila fridge penuh dengan buah. Bila rasa lapar amek je. 


Day 31: Tight calf muscle

Posted by lapargirl59 on Thursday 24 May 2012. Filed under: , , ,
No Comments »

Gym
10.15-12.00 pm
Treadmill: 30 min (C25K W4W3)
Weights: 30 min
Cross trainer: 20 min

Ok, minggu ni aku perasan bila aku lari aku punya calf muscle rasa kejang/keras. Tak sakit sangat cuma rasa tak selesa. Macam lutut bersambung dengan kayu. Bila time lari ok, bila stop and berjalan tu mula rasa. Lepas seminit dua tu dia elok. Kalau lari kejang balik. Aku takut koyak je muscle tu. Nak kata tak stretch, aku stretch. Maybe tak cukup kot. Aku google and jumpa ni:


Tight Calf MusclesSymptoms:
Tight calf muscles are a common problem for runners. You'll feel a gradual tightening in your calf muscles when running. Sometimes the pain will go away while running, but then comes back after you stop.
Treatment:
One of the best ways to treat tight calf muscles is to see a sports massage therapist or physical therapist for a deep tissue massage. You should also make sure you're stretching your calves (without pain) and strengthening your calf muscles. If you haven't already, go to a running specialty store to make sure you're wearing the right running shoes for your feet. If the pain persists for more than two weeks, make an appointment with a sports doctor.

Prevention:
Tight calves are a very common overuse injury, so make sure you're not increasing your mileage or intensity too quickly. You should increase your weekly mileage by no more than 10% each week. Also, make sure that you stretch your calves after every run. 


Memang sebijik! Huhu. Bila teliti treatment dia macam betul jugak. Aku bukan pakai running shoes. Pakai kasut sukan cabuk jek. Pastu aku bukan tetibe je lari, dah 4 minggu kot buat C25K. Aishh... Malam tadi aku dah urut betis tu tapi still kejang jugak. 
Tapi ada website lain cakap kurang air dalam badan. Mungkin la kot sebab minggu ni macam kurang je water intak aku. Hoho. Kena tingkatkan!

Makan
Breakfast
Oat+Nesvita

Lunch
Nasik 2 senduk+sambal tempe+sup daging

Petang
Nasik 2 senduk+sup daging+tempe
Kopi kurang manis se-mug

Dinner
Mee goreng mamak separuh
kopi kurang manis.

Hehe.Officially monster eater day. Aku lapar pulak petang tadi. Lepas tu ada orang bawak balik mee pulak. Adoih.. Aku rasa aku lapar sebab tak makan buah. Yela, stok dah habis. Besok baru nak kuar beli. Nak makan oat pun tak lalu. 



Day 30: Run

Posted by lapargirl59 on Wednesday 23 May 2012. Filed under: ,
No Comments »

Gym
10:15-12.00pm
Treadmill: 30 min (C25K W4W2)
Weights: 20 min
Cross trainer: 20 min

Harini pun mood kurang. Sebabnya tidur lambat. Aishhh... Tu la. Nak menghabiskan baca buku malam tadi. Ni start buku baru pulak. Aiyo. Kena masuk bilik awal. Kul 11 kena masuk. So, tadi workout sorang-sorang. Tak ada orang pun. Semangat pun kurang. C25k tadi ok la. Not bad macam semalam. Besok sama je larinya. W5W2 nanti start dah cabarannya. Minggu nak nak makesure sabtu ahad pergi jugak. Sebabnya ada orang kawen minggu ni. Makan kompem tak ingat. Hoho

Makan
Breakfast
Oat+nesvita

Lunch
Nasik 2 senduk+paru+sup daging
Durian seulas

Petang
Bubur puteri mandi+pisang mangkuk kecik (betul ke nama bubur ni?)
kopi kurang manis

Dinner
Chicken foldover. hehe

Nape makan chicken foldover? Sebab aku rasa itu yg paling healthy sekarang ni kat mcD. Nak buat sendiri malas. Walaupun senang. Ayam+salad+tomato+sos+roti arab. Hoho. Pemalasss.. Sekarang ni takde buah dah kat rumah. Tak tau bila nak kuar beli. InsyaAllah hujung minggu ni.


Day 29: Bad day

Posted by lapargirl59 on Tuesday 22 May 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Gym

treadmill: 30 min (C25K W4W1)
weights: 20 min
rowing: 2000m

Memang rasa kesan makan tak ingat dunia hujung minggu lepas. Serius. Memang kena control makan. Lepas tu malam tadi tidur lambat sebab download movie. Aku pulak sebelum tidur selalu membaca 1 jam. Kadang-kadang 2 jam baca. That's why kita kena jaga tidur make sure cukup. Kalau bangun pagi rasa tak best mesti hari tu tak best. hehe.

Tadi kat gym aku malas sebenarnya nak buat c25k. Tapi aku gagahkan jugak. Ade part lari non-stop 5 min 30 sec. Alhamdullillah dapat buat. Tapi second part punya kantoi. Aku just power walk. Dapat rasa nak pitam time tu. Nasib baik tak ada orang. Malu I. hehe. Lepas tu nak buat weights pun malas. Lemah je. Berat sikit tak larat. Benci la! Ni yang tak best bila stop gi gym. Walaupun 3 hari tapi effect dia boleh rasa. Apatah lagi kalau berminggu tak pergi. Ni aku punya cerita, orang lain tak tahu la.

Makan
Breakfast
oat+nesvita

Post workout
Apple hijau+ anggur

Lunch
Nasik 2 senduk+ikan tenggiri goreng cili+sawi rebus+kuah kari

Dinner
Oat+nesvita

Harini makan kire ok la. Aku ambik banyak sayur. Sebelum ni tak kisah pun sayur ade ke tak. Tapi sekarang risau je kalau tak ada sayur. Haha. 

Kalau tengok kat sebelah ni aku ada update berat. Tapi ini scale kat rumah. Tak sempat nak timbang kat gym. And I'm curious. Hehe. Tapi skang ni asek nak timbang je la pulak. Hoho. Takleh2. Not healthy. Sebulan sekali je.


malas.

Posted by lapargirl59 on Monday 21 May 2012. Filed under: ,
No Comments »

Mak aih.. Malas sangat dah ni. Harini tak pergi gym. Weekend pun tak pergi. Tapi ahad gi mandi sungai. Air deras gila. Kira workout jugak la tu ek. Huhu. Last friday tak update pun sebab malam tu letih sampai malas nak online. Tapi siang tu dah awal-awal tulis cuma tak publish je sebab nak edit dinner. Post sini je la ek. So, ini jumaat punya cerita.


Gym10.15am-12pm
Treadmill: 30 min
Weights: 15 min
Spinning: 30 min
Kettlebell: 10 min
Harini memang malassss sangat nak gi gym. Tapi aku pedulik apa! Lemak banyak, nak mengada-ngada pulak. Harini aku test lari selama yang boleh. And, aku lari non-stop 6 min 30 sec. Bangga tak? Haha..Aku rasa aku boleh push lagi tapi kang ada lak yang melecet. Hoho.. Still, I'm very proud. Kettle bell aku mampu buat sekejap je sebab dah tak ada tenaga. Push habis atas treadmill and basikal. Huhu. Tu yang 10 minit je tuh.
Aku cadang nak buat 30 Day Shred waktu malam. Yela,kelas 2 minggu je sekali. Rugi la. So, iinsyaAllah, hari yang free waktu malam tu aku akan try buat 30 DS. 


Pasa makan tak yah cite. Anggap je la jumaat, sabtu and ahad termasuk la harini tergolong dalam kategori monster eater day. Sob2. Tak tahu kenapa aku makan banyak sangat. Antara makanan tersebut ialah: 

  • nasik berpinggan-pinggan
  • nasik lemak+paru+ayam
  • megi
  • pisang goreng
  • kit kat
  • choco pie

Sepatutnya cheat day aku sekali seminggu.Tapi ini dah 3 hari cheat day. Tak patut, tak patut. Dah la minum soft drink. Huaaa.. Baru ingat nak stop minum tiba-tiba terminum. Dah terminum terus minum dengan selamba. Huaaa..

Saya, LaparGirl berjanji tidak akan sentuh nasik lemak, minuman bersusu dan soft drink selama 30 hari. 21 May-21 Jun.
 So, besok kena balik ke pangkal jalan. Dah 3 minggu tak pergi gym hari isnin. You can do this LaparGirl.



Day 27: Kettlebell

Posted by lapargirl59 on Thursday 17 May 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Gym
10.20am-12pm
Treadmill: 30 min (C25K W3W3)
Weight: 15 min
Spinning: 30 min
Kettlebell: 10 min

10 minit je wat kettle bell sebab letih benar. Patut awal-awal sikit buat. Tapi memang rasa la kat otot-otot ni mengangkat besi tu. Mak aihh..
So, c25k week 3 dah complete. Aku rasa sangat bangga la sebab mampu lari macam yang dia nak. Tapi aku lari tak laju tau. Slow je. Speed 6. Tapi at least aku lari kan? Bukan nak lumba dengan sesiapa. Lumba dengan diri sendiri. Minggu depan start lari 4 min non-stop pulak. Wawa... Bila lari kan, mula-mula rasa ok, lepas tu sakit sikit, lepas tu sakit banyak and rasa nak berhenti. Time ni lah kita kena push diri kita. Lupakan rasa sakit tu. And then, dah tak sakit da. Kita boleh go on. Tu yang penting, time nak give up tu, kita push lagi. Bila dah habis, you'll feel great. Trust me.

Makan
Breakfast
oat+nesvita

Post work out
Apple hijau

Lunch
Nasik 1 senduk+sambal sotong+ikan goreng+telur dadar

Dinner
Oat+nesvita


Day 26: Nasik lemakkkk

Posted by lapargirl59 on Wednesday 16 May 2012. Filed under: , , ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 30 mins (C25K W3W2)
Weights: 20 mins
Cross trainer: 30 mins

Tak tahu kenapa tapi harini ada sedikit malas. Maybe sebab penat malam tadi kot. Serius rasa berat je badan nak bergerak ke gym. Tapi aku gagahkan kaki jugak. Tak boleh accept malas-malas ni. Nanti makin lama makin menjadi.

Makan
Breakfast: oat+nesvita

Lunch
Nasik lemak lauk paru+ayam

Snack
Apple hijau

Petang
Nasik 2 senduk+kari ikan

Dinner
Cheese sandwich.

Ye, harini makan macam orang gila. Semua nak ngap. Huhu. Patut dinner makan oat je. Tapi sebab oat dah habis, terpaksa makan nasik. Haha. Teruk gila statement. Tak tahu la kenapa tetiba selera bukan main harini.   Nak kata datang bulan, tak. Hoho. Abaikan. Besok kerja keras dekat gym la gamaknya. 
Sepatutnya last week dah timbang. Tapi takut punya pasal (macam biasa) pospon ahad ni. Ahad ni aku janji aku timbang ok. Kita tengok apa hasil kerja keras sebulan ni. And besok jugak aku nak try work out kettlebell (aku asyik sebut kettle ball je). Sebab nampak kettlebell kat gym. Kesian dia macam tak ada orang guna. Hoho. So, new thing tomorrow is : kettle bell workout. 





Day 25: No treadmill.

Posted by lapargirl59 on Monday 14 May 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Gym
10-12pm
Cross trainer: 30 mins
Strength training: 30 mins
Cross trainer: 30 mins

Night: Spinning 45mins

Hehe. Sebab melecet semalam harini tak naik treadmill. Kebetulan pulak ada orang tgh repair treadmill. Hehe.. Lega. Tadi ada spinning. Setelah 2 minggu tak datang, nasib baik aku still mampu buat. Tapi kalau beza first day dengan harini memang beza gila. Aku dapat rasa stamina aku meningkat. Hehe..

Meal
Oat+nesvita

Post
Apple hijau


Lunch
Nasik 2 senduk+sambal sotong+terung separuh+telur dadar

Dinner
Oat+nesvita





Day 24: Melecet laaagi!

Posted by lapargirl59 Filed under: , , ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 60  min (C25K W3W1+ jalan/lari sesaja)
Weights: 30 mins

Simple je workout harini. Huhu. Tapi bangga sangat sebab harini aku lari 3 min non-stop! Perghh! Dah boleh marathon ni. Huahua. Aku memang dah plan dari malam tadi nak terus sampai 1 jam. And 1 jam tu tepat-tepat 5km. Mak aih. Lama gila nak capai 5k tu. Tapi yang last-last tu aku dah malas la. Peha pun melecet akhirnya. Aiseh..Pedih bila berjalan.

Meal
Oat+nesvita

Post workout
Apple hijau

Lunch
Nasik 2 senduk+sambal sardin+kacang panjang stir fy+telur dadar.

Petang
Abah belikan nasik bungkus tetiba.Tak makan rasa bersalah pulak. (Alasan)
nasi separuh+ayam gulai+pucuk paku

Dinner
Oat+nesvita

Sebab saki benar peha melecet ni terus tak jadi pergi dance fit. Apa pengajaran disini? Jangan over ye cik lapargirl. Tengok siapa yang rugi. Diri sendiri jugak. Lepas ni 35 minit maksimum atas treadmill. Harap besok elok lah melecet ni. Nak spinning lagi. Aduh...


Rest Day Saturday: Exam

Posted by lapargirl59 on Saturday 12 May 2012. Filed under: ,
No Comments »

Meal
Breakfast
Oat+nesvita

Lunch (4.30 petang)
2 slice Hawaiian supreme+ 1 tuna sensation
mushroom soup+garlic stick
2 cawan pepsi

Dinner
Nasik 1 senduk+gulai ketam


Harini aku gi exam ptd. Tak tahu la kenapa tiba-tiba tercampak jauh dari rumah tempat exam tu. Tapi tak lah jauh sangat. 20 minit je. Huhu. Yang tak best nye aku lupa bawak bekal. At least bawak la air. Tapi memang macam liat sangat. Last-last amek kau. Tak makan sampai habis exam pukul 3.30 petang. Hehe. Tapi yang tak tahannya, balik tu singgah makan pizza hut. 3 slices you all! 2 cawan pepsi. Syabas! Malam makan gulai ketam pulak tu. Tapi aku tak lapar sangat pun. Sebab nak merasa gulai ketam mak. Haha..Isk. No worries. Eat all you want but remember to work out harder ok,LG? AY AY CAPTAIN!!


Day 23: Euphoria

Posted by lapargirl59 on Friday 11 May 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Gym
10.15am-12 pm
Cross trainer: 5 mins
Treadmill: 35 mins (C25K W2W3)
Weights: 20 mins
Cross trainer:30 mina

Apasal tiba-tiba ada 5 mins cross trainer? Sebab masa aku mula sampai tadi tiba-tiba ada orang tengah repair treadmill. Segan lah pulak kan. Takkan aku kat sebelah nak berlari.So aku pergi kat cross trainer dengan perasaan hampa. Bila dia blah je terus naik treadmill. Tu yang ada 5 min cross trainer. Hehehe. 
Harini dengan bangganya aku terlupa nak snap C5K punya plan. Nasib baik ingat jugak lah semalam punya. Memang sama je. Tapi aku bantai sampai 35 mins sebab nak cukup 3KM. Yes, aku jalan/lari sejauh 3KM harini. Bangga2! Ada one time tu aku tutup time kat treadmill and lari selama yang mungkin. Guess what? I ran non-stop for 2 1/2 mins! Waahhhhh.. Terer tak? Haha. Tau, not that huge tapi huge for me! 2 months ago nak lari 1 minute pon macam mustahil. Harap-harap minggu ke sembilan dapat la lari 30 mins non-stop.

Meal
Breakfast
Oat+nesvita+pisang

Post workout
Mango+apple hijau

Lunch
Nasik 2 senduk+daging masak kicap+baby carrots

Petang
Oat+nesvita

Dinner
Mee hun tom yam. Hehehe...

Tak tau la kenapa lapar pulak harini. Petang tadi terus makan oat. Malam pulak tetiba ada orang nak belikan mee hun tom yam. So, apa lagi? Haha...


Day 22:Run baby run!

Posted by lapargirl59 on Thursday 10 May 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Gym
10.30 am-12pm
Treadmill: 30 mins(C25K W2W2)
Weights: 30mins
Cross trainer: 30 mins

Harini aku bantai lari 8km/hr. Huhu.. Tapi bukan continuous la. 1 1/2 minit selang2. Tapi bangga la. Tu paling laju aku lari setakat ni. Maybe sok lusa 10 km/hr nonstop pulak. Haha. Pejam celik dah cukup sebulan sejak first day aku start gi gym. Wahh.. Rasa macam lama tapi sebenarnya sekejap. Sekejap dah sebulan. Kalau lah dari awal tahun aku buat macam ni. Dah cukup 5 bulan. Ntah-ntah dah kurus agaknya.
Pasal timbang tu aku memang serius tak nak langsung jejak atas scale. Tak tahu la kenapa. Rasa takut. Huhu.. Tapi tengok la dulu. Kalau parner gym nak timbang, kita timbang je ok? Kalau tak turun, tak pe. Kalau naik pun takpe. Asalkan aku dah usaha.


Meal
Breakfast
Oat+pisang+nutella sikit

Post workout: Apple hijau

Lunch
Nasik 2 senduk+sambal paru+ayam+daging masak kicap
(Tahu, banyak.. Sebabnya pagi tadi ada orang bawak balik nasik lemak. Tapi aku tak makan nasik lemak, aku amik nasik biasa tapi makan lauk nasik lemak tu.)

Dinner
Oat+nesvita+pisang 2 bijik.


Day 21

Posted by lapargirl59 on Wednesday 9 May 2012. Filed under: ,
No Comments »

Start dengan pic gym. =D

Gym
10.15am-12 pm
Treadmill: 35 mins (C25K W2W1)
Cross trainer: 30 mins
Weights: 30 mins

Salam. Nothing interesting happen today except I ran longer today. Whoaaa... Kagum dengan diri sendiri. Hehe. Walaupun ada sikit mengelat. Sepatutnya lari tapi terberjalan lak sebab salah tengok timing. Tapi I  feel good. Gembira sangat masa last berlari tuh. Huhu. Besok aku akan cuba lagi untuk lari dengan penuh bergaya. Yeay!


Meal
Breakfast
Oat+nesvita+pisang

After workout
Apple hijau

Lunch
Nasik 2 senduk+sayur taugeh rebus+ayam goreng berlada. nyumm.

Dinner
Oat+nesvita+pisang.




Day 20 : Yeay!

Posted by lapargirl59 on Tuesday 8 May 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Gym
10am-12pm
Treadmill:: 30 mins (C25K W1W3)
Weight: 15 mins
Cross trainer: 30 mins
Weight: 30 mins

Hihi.. Tak sangka dah 20 hari jejak kaki ke gym. Siyes, macam cepat je masa berlalu. Tapi aku tak rasa lain pon. Rasa besar je badan. Tapi family cakap nampak kecik sikit. Dulu lagi besar. Ke saje nak sedapkan hati aku. Huhu. Harini tak pergi spinning. Abg ipar aku punya adik, dia ni personal trainer. Dia cakap tak payah spinning sebab nanti peha besar. Alamak! Spinning tu la yang aku paling suka sekali. Tiba-tiba cakap camtu. Sedih woo.. Takpe2, kita research sendiri ok. hehe..

Breakfast
Nesvita+oat+pisang

Lunch
Nasik 1 senduk+ gulai ikan parang+tomato

Petang
Nasik separuh+ikan parang masak kicap

Dinner
Nesvita+oat+pisang

Harini mak masak ikan parang pulakkkk.. Cisss.. seriyes tak leh kontrol. Tapi aku makan pun berjaga-jaga tadi. Sebab dah makan nasik 2 kali, no snacks for today. Huhu..Tadi aku beli apple hijau sebab ada orang cakap kalau nak kurus makan apple hijau tiap2 hari. Buat je la. Aku memang suka apple hijau banding apple merah. Huhu. Tapi sekarang ni teringin nak makan tutti frutti. Tak pernah merasa. Sob..



Shame on you lapargirl!

Posted by lapargirl59 on Monday 7 May 2012.
No Comments »

Breakfast
oat+nesvita

Lunch
Nasik segenggam+gulai pisang+telur dadar

Petang
Sup instant Campbell

Dinner
Burger tapi tak kenyang
oat+nesvita+2 bijik pisang kecik

Snacks
Cekelat kisses beberapa. Huhu..

Harini, saya, lapargirl tidak ke gym langsung! Huaa.. This is bad la. So here's the story. Pagi tadi memang dah hype gila nak gi gym. Dah siap da ni. Settle semua sekali masuk kete, start engine and jalan terus.. mati. Start balik, dia gegar-gegar...mati.. Lebih kurang 5 minit bergaduh dengan kete. Hidup mati, hidup mati. Last-last fed up terus masuk rumah. Terus tak gi. Huahua...Malam pulak tak sempat sebab keluar ambik kakak balik keje. Huaaaaa... Sedih lor.. Dah la C25K W1 tak settle lagi. Iskk.. Tak pe! Besok make sure settle! I CAN DO THISSSS!!!!!~~



Sunday Rest Day

Posted by lapargirl59 on Sunday 6 May 2012. Filed under:
No Comments »

Breakfast
Oat+nesvita+pisang

Lunch
Nasik separuh+sambal sardin+sawi goreng+telur dadar

Snack
Pisang
roti krim coklat 2 bijik (ni lapar sangat singgah beli roti masa nak gi rumah sedara)

Petang (rumah sedara)
Popia goreng 2+cucur kecik2 dalam 6 bijik. hehe..


Harini memang aku betul-betul dugaan. Semalam kan dah singgah mcd. Harini pulak abg ipar nak makan kfc. Perghh.Bila tanya aku nak ke tidak, rasa macam tak ikhlas cakap taknak (memang pun). Huahua..Tapi bila fikir balik sia-sia la aku gi gym kalau makan macam ni. Grr.. Sok gi gym! Yeay! Feeliing paling best ialah lepas gi gym. Walaupun berat still 90+ tapi rasa ringan je badan. Rasa kurusss.. Haha. Cepat la 59.
Aku betul-betul rasa best sangat gi gym. Sebelum ni rasa malu-malu je. Tapi pedulik apa? Nak malu sampai bila? Sendiri malu,sendiri rugi. Walaupun aku naik treadmill and bila lari bunyik macam nak roboh, so what? Walaupun aku buat muka spastik bila guna mesen kat gym tu, so what? Buat bodo je dengan orang lain. Asalkan kita happy. 

Rest Day Saturday

Posted by lapargirl59 on Saturday 5 May 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Meal
Breakfast: Pisang+oat+milo+nesvita. Semua ni semangkuk.

Lunch:
McDonald Chicken Foldover. Ni je yang nampak ok kat McD tu. Kalau tak makan bubur je.
Air mirinda oren secawan. hehe..

Dinner:
Mee Hun sup+jagung+beberapa sudu pecal.
Air tebu


Salam. Sekarang ni duduk depan laptop and mempersoalkan kehadiran rest day ni. Perlu ke ada? Sebab aku rasa macam rugi je tak gi gym. Macam tak sabar nak tunggu hari isnin. Dah lah C25K tak habis lagi. Maybe kena sambung next week sebab besok nak keluar. Tak sempat gi gym. Aih..

Siang tadi tengok (tertengok) Fight Girls. Cite dia pasal pompuan-pompuan from us ni nak jadi top punya muay thai champion la. So dia datang thailand and fight local punya fighter. Tapi memang aku salute habis la diorang ni. Mental and fizikal memang kena tough. Bayangkan lagi berapa hari nak fight tapi berat over 4-5 kg. Diorang kena turunkan untuk sampai certain weight tu. Tak makan, tak minum. Exercise je. Kalau aku la.. Dah giveup. Tengok body diorang semua keras-keras. I want that! I want it so bad. Sob..



This is Gina Carano. Antara semua, body dia paling perfect! Time ni berat dia 143lbs. Lebih kurang 64kg. Aku dulu pernah cecah 64kg. Tapi tak tone macam dia ni. 

Hopefully, satu hari nanti aku boleh kata yang "I am proud of my body. And I worked hard for it."


Day 19

Posted by lapargirl59 on Friday 4 May 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Gym 
10.15 am-12 pm
Treadmill : C25K (Week 1 Workout 2)
Weights: 30 mins
Cross trainer: 30 mins

Meal
Breakfast : Milo+oat+nesvita

After workout : Pisang sebijik

Lunch : Pulut kuning dengan rendang daging. huhu..

Petang: neskepe 1 mug

Dinner: mirinda oren secawan..oopss
oat+milo+nesvita+pisang. kenyangggg...


Hello! Harini lari lajuuuu.. Haha. Tak lah laju sangat. But laju than before la. Tepuk2. =D Tapi sebab dah start2 terus lari laju, buat cross trainer pun macam malas. Kaki pun sakit sebab malam tadi punya spinning. Perghhh.. Siyesss.. Tapi I sukeeee.. Suka bila sakit2 ni. Rasa puas. Pelik kan? huhu..


Gambar ni amek tadi lepas workout. Sorang kat gym. Selamba la.. Huhu.. Konon nak nampak beza la. Tapi tak sampai sebulan kot. Berangan laaa... Next week kita timbang okay.. Tengok naik ke turun.. Kalau naik tak apa, check muscle and fat percentage. Tu yang penting. 

Day 16,17,18: Hehe

Posted by lapargirl59 on Thursday 3 May 2012. Filed under: ,
No Comments »

Whoaa! Sorry. Really busy. Tambah pulak asyik hujan lebat and kilat sabung2 so tak dapat nak online. Cut short, jom tengok apa yang aku buat selama ni. Hehe

Day 16
Gym 10 am-11.30 am
Treadmill: 30 mins (C25K Week 1 workout 1)
Weights: 15 mins
Spinning: 15 mins

Kenapa teruk sangat ni? Well, sebabnya aku rasa la. Rest 3 hari. Hari isnin gi gym tapi tutup. Tak tahu la sebab apa. Ke aku yang pergi awal sangat. Hehe. Masa buat C25K tu aku ada stop tiba-tiba and terus capai botol air kat lantai. Perghh..  dia punya pusing kepala... Memang nak pitam situ jugak. So nak cover buat-buat betulkan kasut la, ketatkan tali la. Hehe. Lepas tu memang dah pening semacam. Rasa nak pengsan. Tapi gagah lagi buat weights pastu. Time spinning tu sekejap je terus tak larat dah. Amek nafas kejap pastu terus balik. Huhu..


Day 17
Gym 10 am-12 pm
Treadmill : 20 mins
Cross trainer : 30 mins (every 2 mins do weights)

Yang ni puas hati. Hehe

Day 18
Gym 10 am-12 pm
Spinning: 45 mins
Cross trainer: 30 mins (every 2 mins do weights)

Night
Spinning class: 45 mins

Spinning tadi memang gila la. Adoiiii.. Penat sangat! tapi best! Biar badan ni sakit2. Selama ni dok rilek je kan? Haaa..Tapi sedih sebab lepas ni spinning class sekali je seminggu sebab tak ramai orang. Aisehh..

Meal
Minggu ni makan memang teruk sangat. Tapi aku memang cuba nak kontrol. Asek makan sedap, sapa tahan? Huhu..