Malasssssssssss

Posted by lapargirl59 on Saturday, 28 July 2012. Filed under:
No Comments »

Salam ramadhan. Lama gila tak update blog ni. Bila tak update itu petanda aku tengah malas. Lepas Shape Night Run haritu sekali je pergi gym. Lepas tu malas dah. Dah lah makan berbuka tak ingat dunia. Nasik aku  memang kurangkan. Aku amik ciput je. Lauk pun tak lah banyak. Tapi yang part kuih muih tu. Samosa la, seri muka la, onde2 la. Memang ke laut la program bulan ni. Berat pun naik dah. Tapi tak yah panik. I already have the knowledge. Cuma malas je. InsyaAllah Ogos bulan rajin.


Yang ni aku dah register untuk 10K. Muahahaha! 10K tu... Rasa ragu-ragu pulak. Macam biasa target tak nak jadi orang last. And under cut off time la which is 80 min. Mampu ke tidak? Kita tunggu dah lihat.



First 5k!

Posted by lapargirl59 on Sunday, 15 July 2012. Filed under: , ,
2 Comments



Alhamdullillah, berjaya jugak aku lari semalam. Dari siang aku dah nervous sampai tak nak pergi. Tapi bila bayangkan training yang aku dah buat selama 9 minggu, aku pergi jugak. Aku takut aku orang yang paling lambat sekali. Huhu. Aku sampai pukul 7. Datang lewat pun tak apa aku rasa. Ingatkan ada registration ke apa. Dia punya emcee aku tak kenal pun. Tahun lepas rasanya Hunny Madu and Hafiz. Pukul 7.15 camtu ada warming up. Aku tak join pun. Awatnya cepat sangat warm up. Huhu. Pukul 8 aku dah masuk line. Lama pulak nak menunggu. Paling tak best aku dikelilingi lelaki. Ni lah akibat lari sorang-sorang. Sedih tengok orang lain bergembira dengan rakan-rakan. Aku pun sempat lah beborak dengan laki sebelah aku ni. Sidek nama dia. Kerja doktor and memang minat joinn lari-lari ni. Dia pun terkejut bila aku cakap aku lari sorang. Tengah borak tetiba dah start lari. Bye2 Dr Sidek.

Sorry to say aku lagi banyak jalan dari lari. Hoho. Sebabnya orang lain semua banyak jalan and kadang-kadang blocking. Sekejap2 kena stop and bila nampak jambatan menghala PICC aku dah terkedu dah. Aku macam nampak Bukit Broga kat depan tu. Aku jalan, jalan and bila menurun bukit aku lari. Aku bawak hp nokia mak aku. Kecik sikit. Orang semua senyap je lenggang lenggok berjalan. Rugi gila tak bawak mp3/handphone. Kat hujung jambatan tu u turn balik. Aku dah pelik da. Dah half way ke? Apasal macam dekat. Pusing 2 kali ke? Masa dah nak sampai KBS tu aku pecut sebab nampak family aku. Hehe. Konon macam sepanjang masa aku berlari la. Tapi kantoi sebab akak aku cakap "apasal ko jalan?".Rupanya dari jauh dia dah nampak sebab tudung aku paling striking. Huahu. Kalau tengok jam hp aku habis 41 min. Kira mencapai goal under 45 min la. Bangga sikit sebab kalau naik treadmill 1 jam baru sampai 5k. And aku rasa lari treadmill lagi susah dari atas jalan.

Habis je lari terus dapat sijil, lepas tu dapat snacks and lepas tu aku gi ambik goodies bag. Banyak barang dapat. Then aku beratur amik air milo, ice blended, Gatorade etc. Tapi aku kesian kat orang yang meniaga jual mee la, pau la. Tak ada pun orang beli sebab dah kenyang makan benda free. Semoga rezeki dorang banyak lain kali. Amin.


Pukul 10 gitu aku dah nak balik. Tapi still ada orang yang belum habis 11.8km. Gila ah. Kalau aku confirm yang belakang2 tuh. Maybe aku join Putrajaya punya 10k. bulan 10. Nak jugak dapat medal kan. Hoho. Balik malam tu aku penat gila. Kaki dah sakit-sakit. Sapu minyak yang dapat free. Perskindol kot nama dia. Tidur paling nyenyak and bangun paling lambat. Haha. Lepas tu satu hari makan banyak. Dalam kepala otak, "I ran 5k, I deserved it! Om nom nom nom!"

Peace out bebeh.



Lupa ada blog. Lepas 3 bulan pergi gym.

Posted by lapargirl59 on Friday, 13 July 2012. Filed under:
2 Comments

Selamba je tak update. Tak ada mood la. Lagipun jarang bukak laptop. Nak update kat hp malas. Besok adalah harinya. Rasa aku ni macam over pulak. Bukannya race pun. Fun run je. Huhu. Alhamdullillah, C25K dah berjaya ditamatkan. Aku puas hati lah. Dari tak boleh lari 30 sec dah boleh lari 20 min non-stop. Besok InsyaAllah aku lari 30 min terus. Tapi slow je la kot. Aku tak kisah aku lari slow. Yang penting aku tak berjalan.

Ahad lepas beli kasut. Kasut murah je. Mulanya aku nak beli kat Al-Ikhsan kasut Nike. Tapi JJ tengah sale, baik gi situ je. Jimat duit. So, minggu ni aku mengetest lah kasut tu. Ok la. Not bad kalau dibandingkan dengan kasut lama aku yang tapak dah tercabut tu. Aku beli khas untuk running. 


Semalam akak aku belikan seluar track sebab aku punya dah koyak. Lepas tu boleh dia belikan saiz xl. Aku punya haritu saiz xxl. Aku takut lah tak muat sebab aku nak pakai Sabtu nanti. Sekali try boleh masuk rupanya. Haha. Seronoknyaa. Masa mula-mula nak join gym haritu, seluar track xxl tu ketat kat montot. Nak kangkang pun tak boleh. Tapi sekarang saiz xl pun boleh masuk. Alhamdullillah.

Yang atas tu seluar lama, bawah tu baru beli. Dah buang satu 'x.'

Lepas tu sebabnya dah rasa montot kecik, aku pun try la baju-baju lama aku. Banyak baju yang aku dah boleh pakai. Kira tahun ni baju raya tiba-tiba ada banyak la sebab dulu ada baju aku pakai sekali je sebab bontot ketat. Haha. Aku try balik jubah yang aku tunjuk dekat post beginning ni ,  memang longgar habis. Then bila confident up aku try pulak lah kebaya. Yang ni memang tak boleh sarung la. Over confident sudah.

Masa dinner final year 2011.
Jubah ni aku try malam tadi. Lengan panjang and menggelebeh. Huhu. Maaf ye gambo takde.


Masa conference 2010.
Baju kurung ni pun aku dah pakai balik buat gi kenduri kahwin. Hehe.

Ada satu baju kurung moden yang aku dah boleh pakai tapi dia agak fit. Segan lah pulak kan. So aku cadang nak kerja kuat, up lagi usaha untuk make sure baju tu jadi longgar or sedang elok je bila time raya. Baju tu last aku pakai raya 2010 rasanya. Kalau aku tak malu nanti aku letak kat blog ni gambar nangka pakai baju tu. 

Jadinya itu lah hasil lepas 3 bulan pegi gym and kekonon jaga makan. Haha. Berat turun secara official ialah 7 kg pada harini. Besok aku akan lari dengan berat 88.8kg. Hoho. Walaupun tak capai target 85 kg, tak apalah. Aku puas hati sebab banyak peubahan boleh nampak. Paling penting cardio up. Kalau lepas ni aku ditakdirkan kena kejar zombie, InsyaAllah aku boleh lari selamatkan diri.



Lalalala....




Day 52: Weight gain. Trololo!

Posted by lapargirl59 on Thursday, 5 July 2012. Filed under: , ,
3 Comments

Gym
Treadmill: 40 min (C25K W9W1)
Rowing:  20 min
Weights: 30 min (2 reps)

Pagi tadi timbang and berat aku naik. Huaha! Aku dah agak dah sebab semalam aku makan banyak. Dah lah air tak ada! Satu Selangor tak ada air aku rasa. Call Puspel asyik busy. Tweet pun tak reply. Ceit. Tension! Baru la rasa betapa berharganya air tu.


Bib dah sampai! Lagi seminggu je. Hoho. Need to buy me a decent running shoes. A cheap decent running shoes. Hoho. Haritu dah usha kat Al-Ikhsan. There goes my allowance for this month. Sob.Sob. Petanda suruh keja la tu. Tapi nak tunggu lepas raya. Raya?? Dah dapat bayangkan sedara mara tanya dah kerja ke belum? Kenapa tak sambung master? Bila nak kawen? Haha. Pfft.


Makan
Breakfast
Nesvita- tak ada masa nak set up breakfast. Minum nesvita je. Pedulik la carbs dia banyak mana.

Lunch
Nasik 1 senduk
ikan goreng cili 2 ekor kecik
sambal terung 2 potong
tempoyak . ok, aku suka makan tempoyak. Dalam fridge ada 2 tuppeware penuh. Huahua.

Dinner
Nasik beriani 2 senduk
ayam goreng rempah 
kuah kari
kuar acar

Bulan Oct nanti ada Putajaya Night Marathon. Nak join 10k ke tak? We'll see.




Day 51: Back on track..but..

Posted by lapargirl59 on Tuesday, 3 July 2012. Filed under: , , ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 35 min (C25K W8W3)
Rowing: 30 min
Weights: 30 min (2 reps)

Harini pergi gym dengan semangat baru. Alhamdullillah dapat lari harini walaupun rasa pening ada sikit. Tapi teruskan jugak. Lepas tu row 30 min and amek kau melecet terus tangan. Lepas tu masa buat abs cruch tah apa yang silapnya terus sakit belakang belah kiri. Sampai sekarang nak bongkok mesti sakit. Banyak betul cabaran sekarang ni.

Makan
Breakfast
2 Gardenia Somerset Cottage Multi Grain and Seeds. Roti ni sgt best sebab rasa kenyang.
Nutella sikit
Nes O

Kasi gamba sikit. Hee.

Post
Apple

Lunch
Nasik 1 senduk
Gulai jering
tempoyak
ayam gulai sepotong kecik

Petang
2 Gardenia Somerset Cottage Multi Grain and Seeds

Dinner
Nasik 1 senduk
Gulai jering
tempoyak

Harini makan nasik 2 kali. Hehe. Rasa riak makan harini sebab mfp kata kena makan 1700 cal. See? Aku ikut nasihat je. Haha.. Sekarang aku berhati-hati control makan sebab aku tak nak starve and tak ada energy. Biar weight loss lambat tapi stay off.


June Summary

Posted by lapargirl59 on Monday, 2 July 2012. Filed under:
No Comments »

Weekend sampai harini aku macam testing badan aku dengan makanannn.Hehe. Bukan lah makan banyak sangat. Past two weeks rasa asyik rasa tak ada tenaga je kan. Jadi aku isikan badan dengan tenaga. Macam recharge. Lama dah aku kontrol and count calories so 3 days ni aku let go. Aku ikut cakap perut. Aku manjakan   diri. Tapi tak makan fast food pun. Aku banyak makan carbs. Harini aku tak pergi gym sebab bangun lambat. Hehe. Sebab tak nak rasa bersalah aku buat la aktiviti mengemas dapur. Angkat2 cabinet. Hehe.

Below adalah summary untuk bulan Jun. Memang disappointing. I know. Tapi benda dah lepas, kita anggap je sebagai pengajaran. Huhu. One good thing ialah, Jun 2012 adalah bulan berat aku bermula dengan angka 8. Hehe...


Total pergi gym: 15 kali/15 hari
Rest day: 6
Malas day: 6

Bagi aku Jun adalah bulan dimana badan aku tak nak ikut cakap. Energy level drop gila and tak mampu nak finish workout. Pening masa lari and asyik kena stop and rest. Malas day pun banyak. Hoho. 
And yes, C25K aku tergantung dekat week 8 lagi. Still got time maaa.. 11 days to 5K. Harap-harap segala masalah bulan Jun akan poof!