Day 37: Grr.

Posted by lapargirl59 on Monday, 4 June 2012. Filed under: , ,

Gym
Treadmill: 30 min (C25K W5W3)
Weights: 20 min
Cross trainer: 15 min

Lately aku ada problem tidur. Tak boleh tidur langsung! Mula-mula ngantuk, tapi bila dah baring terus rasa segar. Bayangkan la dari pukul 12-3 pagi aku terkebil-kebil cuba nak tidur. Kalau aku ni seorang yang berani dah lama bangun workout tapi realitinya tidak. Hehe. Jadi bangun pagi dengan mood yang hampeh, kaki berat tapi aku paksa jugak pergi gym. Takkan tetiap hari Isnin tak pergi kot. Banyak cantekkk.. Plan nak buat insanity harini pulak dilupakan sebab malas ni la. Huarghhhh!
Tadi kat gym buat C25K W5W3 yang amat payah ini. Walaupun aku lari perlahan sangat dah macam berjalan tapi aku gagahkan jugak. Siapa suruh rest day 2 hari? Sendiri tanggung la. Hoho.. Tapi besok W6W1 macam ok.  InsyaAllah boleh. Tapi W7 sampai week 9 is the real thing. TT_TT

Lama tak letak pic sendiri. Sila la tatapi. Hehe


Makan
Breakfast
Oat+nesvita

Post workout
Apple hijau

Lunch 
Nasik satu senduk
Sayur sawi rebus+sambal jering+tempe goreng
Coklat sebijik (dapat dari rumah kawen)

Petang
Kopi o

Dinner
Oat+nesvita+roti gardenia sambal
Roti 2 keping+sambal jering (lapar lagi pulak)


Aku memang kena kontrol la makan aku ni. Prinsip aku sekarang ialah jangan biar perut lapar. Masalahnya bila lapar tengok buah langsung tak berselera. Tengok nasik, nyum2. Heee.. Tapi this week kena kontrol betul-betul. Yela, last week makan ke laut kot. .

Ditujukan kepada diri sendiri. 


No Responses to Day 37: Grr.