Day 50: Blerghhh..

Posted by lapargirl59 on Friday, 29 June 2012. Filed under: ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 30 min
Weights: 30 min
Rowing: 30 min

Harini blerghhhh... Tak best langsung. Dah la sorang-sorang je dalam gym tu. Huh. Semalam tak gi gym sebab bangun lambat. Hehe. Tadi masa workout rasa pening lagi. Pening macam bila kita tunduk and bangun cepat-cepat. Gitu la. So tadi mampu 2 sets je lepas tu row 30 min. Lepas ni aku bajet nak rowing je. Tak de la pening je. Huhu.

Makan
Breakfast
2 eggs, scrambled
Nescafe O

Lunch
Nasik 1 senduk
Ayam goreng seketul
Gulai labu 4 potong
tempoyak

Snack
Apple hijau sebijik
anggur setangkai

Dinner
Nasik 1 senduk
telur mata masak cili
labu 2 potong
Nescafe

Makan macam banyakk je harini. Perut lapar je pulakkk.. Hoho.. Mood down, energy tadak.Isk.. Sad, sad week. 




Day 49: Hot & Roll. Nyum!

Posted by lapargirl59 on Wednesday, 27 June 2012. Filed under: ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 30 min
Cross trainer: 30 min
Weights: 30 min (2 reps)

Harini aku tak lari. Aku jalan laju2 je speed 5.5 sebab nak elak kepala pening. Lepas tu naik cross trainer level 8. Hoho. Rasa kaki nak tercabut. Tapi best jugak kayuh berat2. Tak ada la rasa nak tercampak kalau laju-laju.  Alhamdullillah harini tak rasa pening.Cuma perut kembung pulak bila minum air masa workout. Dulu bole je teguk air banyak2. Tapi tadi berbunyik2 air dalam perut. Rasa tak selesa. So aku minum sikit2 je. 

Makan
Breakfast
2 eggs, scrambled
Nescafe O

Snack
Anggur merah segenggam.

Lunch
Nasik 1 senduk
Gulai jering 5 bijik
Ikan merah goreng
tempoyak sikit

Petang
Nescafe Susu
Gardenia 2 keping+Nutella

Dinner
Hot & Roll

Wawahh... Harini aku makan tak ingat. Dah tu teringinnnn sangat nak minum necafe susu.Aku buat je la. Tapi bila dah buat tak sedap pulak! Aku dah lupa nak buat nescafe macam yang aku suka. Alter balik. Tambah nescafe sikit, tambah susu sikit tapi tetap tak jadik! Minum tak habis. Hoho.. Lepas tu kakak aku balik bawak hot & roll. Dah orang bagi aku amek jekk.. Kalau besok berat naik padan muka laaa.. Tapi tadi aku memang lapar pun masa dia bagi tu. At least terisi la perut. Hehe..



Day 48: Yahoooo!

Posted by lapargirl59 on Tuesday, 26 June 2012. Filed under: ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 30 min
Weights: 60 min (4 reps)

Hehe.. Harini memang hari dalam sejarah la. Setelah setahun aku pikul berat pangkal sembilan, harini, dengan rasminya berat aku dah pangkal 8. Seronok2. Makin dekat nak sampai pangkal 7. Alhamdullillah. Syukur2. Walaupun seminggu dua ni mood down tapi at least berat still turun. Tadi pun masa workout aku pening masa atas treadmill. Sebab tu C25K tak dapat complete. Sepatutnya minggu ni dah week 9. Tapi aku still tak mampu lagi. Huaaa...  Tak tau la boleh capai goal ke tidak. Nampak gaya macam tidak je. Huhu.

Makan
Breakfast
Apple+nutella
Nescafe O

Lunch
Nasik 1 senduk
Gulai ikan tenggiri 1/2 potong
sayur tauge+tauhu goreng banyak
tempoyak sikit

Dinner
Nescafe o
Roti 2 kepingg+ oat

Supper
Tetibe lapar. Ratah sayur tauge. Hehe...

Harini kakak aku tunjuk gambar aku kat kawan dia. Dia cakap dorang terkejut tengok aku dulu kurus tapi sekarang gemuk. Ceit. Tension je dengar. Jadikan ini sebagai satu motivasi! Aku boleh kurus! Tapi bukan kurus macam dulu. Kurus dan sihat! 




Day 47: Perutku..

Posted by lapargirl59 on Monday, 25 June 2012. Filed under: ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 30 min
Weights: 40 min ( 15 reps x 4 sets)

Harini not good. Breakfast pagi tadi makan oat dengan air je. Serius tak sedap!!! After taste dia macam lepas makan besi. Huhu.  Tapi aku tabahkan hati and telan je 3,4 sudu. Bila dekat gym lepas naik treadmill perut aku rasa tak sedap. Terbayang2 rasa oatmeal tu. Lepas tu rasa pening. Ah sudah. Mood memang down gila. Tapi aku go on jugak buat weights walaupun perut rasa bergelora je. Tapi tahan 3 set je sebab aku pening sangat and rasa nak muntah. Cepat2 balik umah terus baring.


Makan
Breakfast
Oat
Nescafe o

Lunch
Nasik 1 senduk
Telur rebus gulai
Ayam goreng rempah
Tempe goreng 2 potong

Snack
Apple hijau
Kiwi

Dinner
Roti cake beli kat uncle jual roti.
Buah tembikai 3 potong

Aku rasa makan makan tak cukup je. Selera aku kurang. Harini air pun kurang sebab kat gym minum sikit. Biasa habis 1 tumbler. Besok taknak dah makan oat. Trauma2..

Memang gini muka aku. Pening+nak muntah. 

Down,down.

Posted by lapargirl59 on Sunday, 24 June 2012. Filed under: ,
No Comments »

Make that 4 days =(


Perasaan malas menghantui lagi. Grr. Tengok calendar aku dah ada 5 hari malas bulan ni. Bertambah dari bulan lepas. Sepatutnya kena kurang. Hmm.. Tatau la. Aku rasa sebab boring. Huargghh! Tapi siang tadi aku try baju kurung yang lama tak pakai. Alhamdullillah muat dah. Timbang pagi tadi mula-mula kuar pangkal 8, timbang 2,3 kali seterusnya naik 9 balik. Cet. Baru je nak happy-happy. Tapi bila tengok baju longgar tu terus rasa semangat balik. Hehe. Tu la, kadang-kadang aku rasa macam nak give up. Tapi bila fikir apa yang aku buat ni bukannya tak ada hasil. Cuma lambat sikit la. Kalau aku malas laaaagi la lambat hasilnya. Sekarang dah nak masuk bulan 7. Sekejap je nanti nak masuk tahun 2013. Tahun depan aku dah kena start kerja. Family bagi chance tahun ni je untuk aku lose weight, build up my confident. Next year tak boleh goyang kaki dah. Aku bersyukur sangat family aku faham. Tak ada pun bising aku dok umah. Tapi kena la tunjuk ada semangat. 



Problem

Posted by lapargirl59 on Friday, 22 June 2012.
No Comments »

Aku ada masalah nak update blog sebab laptop problem pulak. Isk. Dia punya skrin gegar2. Sekarang ni guna handphone saja. Kalau ada typo, maafkan kami. Huhu.
Masuk harini dah dua hari tak pergi gym sebab kesihatan tidak mengizinkan. Huhu. Makan pun tak tentu sebab ikut perut je. Kalau lapar aku makan. Kalau tak, tak makan langsung. Selera pun kurang sekarang. Makan lebih sikit rasa nak terkeluar balik. Tak tau la ngape.
Besok kalau rajin nak gi gym. Kalau la ye. Hehe.

Day 45: Bye Nesvita

Posted by lapargirl59 on Tuesday, 19 June 2012. Filed under: , ,
4 Comments

Gym
Treadmill: 30 min (C25K W8W1)
Weights: 50 min (15 reps x 4 sets)
Kettle bell swing: 50

Harini nak naik cross trainer tak ada mood. So aku up weights punya set. Sekali 4 set aku buat. Non-stop. Squat je tak leh buat 15 rep. Tak larat. Aku buat 10 je. Ada orang baru join gym tadi. Aku agak la baru join sebab resistance dia buat 1 atau 2 je. Aku rasa dulu pun aku macam tu. Resistance rendah2 jek. Hehe. Tadi aku buat kettle bell swing syok2 tiba-tiba ada orang masuk. Hehe. Tau la rupa swing tu macam mana kan? Sangat kelaka. Terbehenti aku sekejap. Cover2 la sikit. Buruk benor. Aku kalau pegi gym muka baru bangun tu la aku bawak. Tak ada makna nak bedak-bedak bagai. Tak ada faedahnya. Bukan ada orang nak tengok pon. Aku bukan jenis nak borak-borak kat gym ni. Fokus beb.

Makan
Breakfast
2 eggs, scrambled
Nescafe O

Post 
Kiwi
Apple hijau

Lunch
Nasik 1 senduk
Sambal udang petai
Bendi rebus

Dinner
1 egg, scrambled
Bendi 2 bijik
sambal udang petai sikit
nescafe O

Aku baru je guna myfitnesspal tu. Malam tadi baru aku perasan carbs dekat Nesvita yang selama ni aku telan ialah 73g. Hoho.. Kalau 2 kali amek dah 146g sehari. Lom campur makanan lain lagi. Selama ni aku tengok calori dia je. Yang lain2 tak hiraukan sangat. So sekarang ni aku bye2 je la dekat nesvita ni. Kalau nak tahu berapa banyak carbs sesuai, sila baca di bawah:
300 or more grams/day Danger Zone!Easy to reach with the “normal” American diet (cereals, pasta, rice, bread, waffles, pancakes, muffins, soft drinks, packaged snacks, sweets, desserts). High risk of excess fat storage, inflammation, increased disease markers including Metabolic Syndrome or diabetes. Sharp reduction of grains and other processed carbs is critical unless you are on the “chronic cardio” treadmill (which has its own major drawbacks).
150-300 grams/day – Steady, Insidious Weight GainContinued higher insulin-stimulating effect prevents efficient fat burning and contributes to widespread chronic disease conditions. This range – irresponsibly recommended by the USDA and other diet authorities – can lead to the statistical US average gain of 1.5 pounds of fat per year for forty years.
100-150 grams/day – Primal Blueprint Maintenance RangeThis range based on body weight and activity level. When combined with Primal exercises, allows for genetically optimal fat burning and muscle development. Range derived from Grok’s (ancestors’) example of enjoying abundant vegetables and fruits and avoiding grains and sugars.
50-100 grams/day – Primal Sweet Spot for Effortless Weight LossMinimizes insulin production and ramps up fat metabolism. By meeting average daily protein requirements (.7 – 1 gram per pound of lean bodyweight formula), eating nutritious vegetables and fruits (easy to stay in 50-100 gram range, even with generous servings), and staying satisfied with delicious high fat foods (meat, fish, eggs, nuts, seeds), you can lose one to two pounds of body fat per week and then keep it off forever by eating in the maintenance range.
0-50 grams/day – Ketosis and Accelerated Fat BurningAcceptable for a day or two of Intermittent Fasting towards aggressive weight loss efforts, provided adequate protein, fat and supplements are consumed otherwise. May be ideal for many diabetics. Not necessarily recommended as a long-term practice for otherwise healthy people due to resultant deprivation of high nutrient value vegetables and fruits.
Walaupun mfp recommend aku makan 200g carbs, but no, no. Maybe sekali seminggu ok. Aku budget below 100g. Kalau bawah 50g tu drastik sangat. Nanti kompem time workout pancit. Hoho.

Lagi satu nak cerita, aku ni sebelum ni susah sangattt nak minum air kosong. Serius. Dalam sehari tu pernah tak minum langsung air kosong. Lepas tu minum pagi nescafe susu, tgh hari nescafe ais and malam nescafe susu. Aku memang hantu nescafe. Family aku yang lain pun macam tu. Tapi sekarang ni aku just amik nescafe O je la. Kalau tak amek langsung tak leh. Rasa tak lengkap hidup. Hoho. Jadi sekarang ni kan dah banyak minum air kosong. Sehari minimum 3L. Aku perasan yang kulit aku ni jadi lembut. Serius. Dia jadi gebu-gebu sikit. Ececeh. Sebelum ni kulit aku kasar je. Sekarang pegang sedap je. Haha. Alhamdullillah.



Day 44: Penin

Posted by lapargirl59 on Monday, 18 June 2012. Filed under: , , ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 30 min (C25K W7W3)
Weights: 30 min (fast and furious style)
Cross trainer: 20 min
Kettle bell swing: 30 reps

Walaupun dah habis week 7, aku still tak leh lari 20 min. Uwaa.. Mostly aku lari 10-15 min then jalan laju. Macam mana ni.. 5K dah dekat. Huhu.
Tadi aku buat weights laju gila. Sebab nak bagi heart rate up je. Tak ada stop langsung. Habis machine ni lompat machine sana. Nasib baik la tak ada orang. Lepas tu naik cross trainer pening dah. Kena stop sekejap minum air and amek nafas. Hehe.

Makan
Breakfast
Nesvita+oat
Nescafe O

Post workout
Apple
Kiwi

Lunch
Nasik 1 senduk
Kari nenas 2 piece
baby carrot

Dinner
Nescafe o
nesvita+oat
pisang 2 bijik


Mari tengok gamba side aku. Asek gamba depan je. 
Dem. Perut ke depan gila. Hoho.



Cerita harini.

Posted by lapargirl59 on Sunday, 17 June 2012. Filed under: ,
No Comments »

Harini satu family pergi makan pizza hut. Huhu.. Aku dah agak mesti harini makan kedai. Sebab tu semalam kontrol makan. Semalam spoil makan murtabak sekeping je. Harini pagi2 aku makan oat. No neskepe. Orang lain semua makan nasik lemak. Pasrah je tengok. Sob. Sob.
So makan pizza hut tadi aku makan seafood platter, 2 slice pizza and beberapa batang carrot. Sup pun tak habis sebab tak sedap. Air pepsi langsung tak minum. Aku bagi along. Aku pun pelik kenapa cepat sangat aku kenyang. Pelik2. Malam ni orang lain makan tomyam tapi aku tak makan. Dorang asyik tanya je nak ke tak nasik goreng ke, mee ke. Ceit. Godaan betul. Tapi Alhamdullillah sebab berjaya menempuhi dugaan hari minggu. Semoga minggu baru ni workout lagi power! 

sauce:arthlete

Sabtututu

Posted by lapargirl59 on Saturday, 16 June 2012. Filed under: ,
No Comments »

Harini tak pergi gym. Hehe. Tapi harini aku kemas rumah. Sapu, mop and lap2. Sekali peluh menitik-nitik. Dah macam pergi gym pulak. Haha. 

So pagi tadi aku timbang berat guna scale kat umah ni. Jadi berat sekarang ialah 91.2kg. Lagi sikittttt je nak pangkal 8 ni. Dah setahun aku rasa pangkal 9. Harap-harap by the end of June berjaya laaa.. =D

Le fat photo of yours truly. Taken yesterday. 
Waist, is that you?

Day 43: Shopping

Posted by lapargirl59 on Friday, 15 June 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 30 min (C25K W7W2)
Weights: 30 min (rasa lebih 30 min, tak pasan jam)
Rowing: 2000m

Harini adalah hari penuh kesakitan sebab masa buat weights aku buat resistance tinggi-tinggi and sampai muscle itu rasa terbakar. I dont even count the reps. Huhu.. Akibatnya masa pergi beli barang tadi jalan senget sebelah sebab kaki sakit. Padan muka! Haha. But I like it. I like the pain. Gimme moreeee!

Makan
Breakfast
Oat+nesvita
Nescafe O

Lunch
Nasik 2 senduk +lauk sambal paru

Dinner
 Oat+nesvita
Nescafe O

Snack
Yogurt LiteYo

So tadi beli barang kat tesco. Aku nak beli stroberi haritu tapi sekali tengok harganya Rm22. Uit. Aku rasa haritu aku beli Rm 6.90 je. Awat tetibejadi Rm22? Aku perasan ada harga Rm6.90 tapi untuk cameron punya stroberi. Yang Rm22 tu untuk import. Aku rasa yang dulu aku beli tu diorang salah letak harga. Huhu. Mintak dihalalkan la ye. So tadi aku beli mangga, kiwi,apple hijau and merah. Cukup la rasanya.
Lepas beli barang mak ajak gi makan kedai. Aku dengan jayanya berjaya tahan godaan makan mee bandung sebab sebelum kuar aku dah makan nasik. Lauk paru pulak tu. Paru calori dia tinggiiiiiiii sangat! Dah la banyak aku makan. Huhu. Harini lak workout kureng sikit. Jadi berpada-pada la makan itu ye.


Day 42: Beautiful day la...

Posted by lapargirl59 on Thursday, 14 June 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Gym
treadmill: 30 min (C25K W7W1)
Weights: 30 min
Cross trainer: 20 min

Harini ini begitu indah sekali sebabnya tengah workout borak sikit dengan akak sorang ni. Dia cakap badan aku nampak susut sikit.Wahhhh.. Gembira rasa hatikuuu. Hehe.. Selama ni family je cakap dah kecik tapi ni total stranger. Tak sesia la usaha selama ini. Alhamdullillah. Lagi bertambah semangat nak jadi penghuni gym. Hehe..

Makan
Breakfast
2eggs, scrambled
nescafe o

Post workout
Baby carrot segenggam
green grapes sikit

Lunch
Nasik 2 senduk
sambal sardin sepotong
sawi putih masak air
durian 2 bijik

Dinner
Nasik 1 senduk
sambal ikan bilis kentang
nescafe o

Kalau ikut myfitnesspal aku kena makan 1600 cal sebab tolak exercise. Tapi serius susah nak sampai 1600 tu. Bila tak cukup cal, dia cakap nanti body aku starvation mode. Aduh, that's why makan nasik untuk dinner. Tapi still tak cukup. Besok baru nak keluar top up buah. Oats pun dah habis. Kena beli banyak-banyak ni, untuk snacking sampai cukup cal. Nom! Nom!



Day 41: Run!

Posted by lapargirl59 on Wednesday, 13 June 2012. Filed under: , ,
2 Comments

Gym
Treadmill: 30 min (C25K W6W3)
Cross trainer: 30 min
Weights: 30 min

Semalam tetibe MIA pulak. huhu. Semalam tak gi gym sebab hantar mak gi hospital for check up. Lama gila.   .Macam biasa la. Dah tak pergi terus la malas. Ingat nak pergi petang, tapi jangan haraplah. Hoho. Harini workout letih luar biasa. Maybe sebab asyik rongak je bulan ni. Stamina pun kurang. Besok InsyaAllah up kan lagi. Yang peting tidur kena cukup baru terkinja-kinja dekat gym dengan hati yang seronok.

Makan
Breakfast
oat+nesvita
nescafe o

Lunch
Nasik 1 senduk
sambal sardin 1 ketul
sambal terung 2 bijik
durian 2 bijik

Dinner
Oat+nesvita
nescafe o

Snack
Green grape

Semalam kan masa pergi hospital aku perasan jeans yang dulunye ketat asyik londeh je. Hehe.. Kena tarik naik je. Dulu siap tercabut butang lagi. Dah tu bila nak bukak terus lucut pun boleh dah. Hehe... Tu la, scale tak penting pun. Tadi aku buat lat pull down resistance 8. Masa awal dulu 5 je. Chest press pun sama. Dulu 3, sekarang 8. Alhamdullillah. 
Sekarang ni nak fokus betul-betul dekat C25K. Besok start week 7. Sepatutnya dah boleh lari 25 min tapi aku paling lama sekarang 15 min. Besok cuba dapatkan 15 min. Harap-harap berjaya la. Amin. 

And thanks to Nurrul sebab invite group Strong the New Skinny. Rasa semangat bila join group ni. Rasa tidak keseorangan. 





Day 40: I am titanium!!

Posted by lapargirl59 on Monday, 11 June 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Gym
cross trainer: 30 min
weights: 30 min
rowing: 20 min

Last entry a bit sad. Tapi itukan cerita semalam, lupakannnn.. Hehe.Lepas beberapa hari tak gi gym, harini datang terus skip treadmill. No treadmill, I'll see you tomorrow. Aku tunggu kaki ni kurang sakit dulu. Harini masuk gym terus cucuk pendrive dekat radio gym tu. Tapi not supported pulak. Ceit. Nak kena burn dekat cd jugak. Siyes, music is very important during exercise. Dari tak semangat terus jadik laju. Sekarang ni aku layan lagu Titanium by David Guetta and Euphoria by Loreen.  Nanti aku buat page khas untuk workout playlist. 

So, about Insanity... Aku rasa buat masa ni aku pass dulu workout Insanity. Aku nak fokus workout dekat gym. Kalau buat sekali dengan Insanity aku tak cukup tenaga. Kalau 30DS tu okay lagi. Boleh terima lagi.  Bila combine dua aku rasa letih sangat and tak boleh keep up. So... Insanity, we'll meet again when I'm 80kg ok? Malu laaaaa...

Makan
Oat+nesvita
kopi o

Post workout
Seedless green grape

Lunch
Nasik 1 senduk
Ayam goreng berlada 2 ketul
sayur sawi rebus

Snack
Seedless green grape


Dinner
Oat+nesvita
2 keping chipsmore

Aku rasa aku kena up lagi workout kat gym. Sebab dah kurang rasa sengal-sengal. Tak macam first-first dulu. Tak feel pulak. Huhu.


Kurang sihat

Posted by lapargirl59 on Sunday, 10 June 2012. Filed under: ,
1 Comment

Sejak Jumaat rasa kurang sihat. Sebab period+non-stop visits to the toilet. Huhu. And kaki sakit. Dekat tepi peha kanan. Dem. Siyes,last week punya workout memang teruk. Tak penah dalam seminggu 2 kali tak gi gym. I am very disappointed. Tak tahu kenapa rasa macam tak ada energy. And aku sekarang makan tak boleh banyak. Kalau makan banyak dia nak keluar balik. Takkan workout perut mengecik jugak kot. Huhu. 
Mood aku pun down sekarang. Lagi sebulan to 5K, and aku ingat by then berat dah turun banyak. Dah pangkal 8. Tapi still 93-94. I want to run faster. Sob. Sob. Akak aku ada cakap yang badan aku tak besar sangat macam dulu. Maybe dah toned kot. And ada baju yang aku pakai macam longgar sikit, jeans pun tak ketat dah (dulu bila duduk kena bukak butang). Tapi rasa macam tak ada beza pun. Maybe jeans or baju tu yang kembang. Hm..
Tengok gambar aku kat group matrik punya lah kurus aku dulu. Sob,sob. Sebab tu sekarang aku macam segan nak jumpa kawan-kawan sekolah/matrik. Yela, dulu kecik, sekarang besar macam tong. Siapa tak malu? Sebab tu la jugak sekarang ni aku belum kerja lagi. Bukan tak ada offer tapi sebab segan. Lagipun jujur aku tak ada confident nak meet new people. 

The End.

Red Flag

Posted by lapargirl59 on Friday, 8 June 2012. Filed under: ,
No Comments »

Malam tadi sebelum tidur aku cramp teruk gile you. Style mengerekot tahan sakit. Pagi tadi pulak bangun dah la tak cukup tidur lepas tu jadi ahli tetap toilet setiap jam. Jadi kesimpulannya tak pergi gym. Siap makan nasik lemak. Ait gas 2 tin pulak tu. Ceit. Ye ye je aritu berjanji bagai. Lupakan je la. Kalau bab makan memang tak boleh larang-larang.

Makan
Breakfast
nasik lemak+sambal paru
kopi O

Snack
Apple hijau

Lunch
Nasik 1 senduk+sup daging+siput sedut+sambal tempe ikan bilis sikit je (sebab masin sangat)

Petang
100plus (minum dalam kereta masa drive)
Roti jala 4 keping
kuih talam 1
kerepek ubi beberapa keping
* Minum petang rumah mak ngah

Dinner
Gingeer beer F&N.

Oat langsung tak timbul arini. Dah muak pulak. Aish..

Harini Insanity off. Rasa tak selesa nak lompat-lompat harini. Perut pun still sesungut-sesungut.Biasalah orang perempuan. (Ahh..alasan!) Haha..


Day 39: Hari boring.

Posted by lapargirl59 on Thursday, 7 June 2012. Filed under: , ,
2 Comments

Gym
Treadmill: 30 min (C25K W6W2)
Weights: 30 min
Rowing: 2000m

Bosan la asyik sorang je dekat gym. Tadi ada la akak sorang ngan chinese boy ni. Bila aku half way kat atas treadmill pusing tengok dah hilang da. Huhu. Bila nak balik tadi baru la ada boy sorang ni datang. Bosan sungguh la macam ni. So, tadi buat W6W2. Ok la, walaupun ada sikit pancit. Besok biggest challenge eva. 25 min non stop. Hehe. Macam mustahil je. Takpe, aku cuba. Ada lagi 3 minggu. InsyaAllah minggu ke 9 boleh lari 20 - 25 min non stop. Hmm..Aku rasa kalau berat aku cecah 80kg tak mustahil untuk aku lari 30 min non-stop. Memandangkan berat aku yang sebeban sekarang ni buat rasa macam terhalang. Aku tau aku boleh buat tapi I'm too heavy.

Insanity
Okay, I really, really hate it. Huaaa... Dah la 40 minit. Semalam sedap je 17 minit. Harini amek ko! Tak larat nak keep up dengan diorang ni. Tapi tengok sorang minah dalam video tu pun tak larat jugak. Dia pun terkial-kial. Heee.. Kita geng la. Kalau sesiapa yang pernah buat 30DS and rasa tu susah, heh, Insanity ni bagi aku 5 kali lagi susah. Hohoho. Ke aku sorang je yang tak larat? Walo apa pun yang terjadi, aku tidak akan give up!

Makan
Breakfast
oat+nesvita

Post workout
Apple hijau

Lunch
Nasik 1 senduk
ikan terubok bakar+air asam
sayur kacang panjang+baby carrot

Petang
Pisang goreng sebijik

Dinner
Mee hoon tom yam
air apple



Day 38: Push!

Posted by lapargirl59 on Wednesday, 6 June 2012. Filed under: , , ,
2 Comments

Gym
Treadmill: 30 min (C25K W6W1)
Weights: 30 min
Cross trainer: 20 min

Sorang-sorang lagi kat gym. Tak best la. Rasa bosan je. Bukan nak ajak borak ke apa. Tapi kalau ada orang rasa semangat sikit. huhu. So, harini W6 punya workout. I did good! Walaupun banyak kali nak slow down tapi push jugak. Akhirnya berjaya. Hehe...Bangga.
Lagi sebulan nak lari 5K. Kalau tengok keadaan sekarang ni memang aku sorang-sorang la lari nanti. Partner macam busy sangat. Huhu.. Tak apa la.

After almost 2 months of lifting weights, ni la kesannya. Bye2 smooth skin.

Insanity
Yes, akhirnya start jugak Insanity, baru je lepas. Tu yang lambat update. Fikir nak buat ke tak,nak buat ke tak. Kalau tak buat harini alamatnya sampai minggu depan tak buat. Hehe. So, kalau ikut workout calendar dia, harini iaitu first day of 60, ialah Fit Test. Sila tengok result aku:

1. Switch kicks: 82
2.Power Jacks: 30
3.Power Knees: 60
4. Power Jumps: 25
5.Globe Jumps: 5
6. Suicide Jumps: 10
7. Push Up Jacks: 14
8. Low Plank Oblique: 19

Perasaan? Rasa nak putus nyawa. Rasa lagi sikit nak nangis pun ada sebab kalau compare dengan instructor tu rasa macam langit dengan bumi. Lagi-lagi yang pompuan tu. Alien ke ape minah ni.

And bila Shaun tu tunjuk cara-cara move seterusnya aku macam:

Gila apa! Aku mana boleh buat semua tu. Patutlah panggil Insanity. Huhu.Habis je peluh menitik-nitik. macam baru lepas mandi. Perghh.. Jadi kita lihat pulak besok punya workout. 

Makan
Breakfast
oat+nesvita

Post workout
1 Karipap
Apple hijau

Lunch
nasik 1 senduk+ sambal paru+baby carrot segenggam+daging gulai 4 ketul

Dinner
2 genggam baby carrot stir fry with sos tiram
1 Sandwich telur
Kopi O

Dah mula rasa tak selera nak makan oats. Stok buah pun dah nak habis. Lepas ni tak payah beli buah pear. Not my fav. Orang lain yang habiskan. Tapi make sure beli stroberi lagi. Nyum!


Monster malas day!

Posted by lapargirl59 on Tuesday, 5 June 2012. Filed under: ,
1 Comment

No gym! Serius pagi tadi memang nak pergi tapi sebab fikir nanti lambat tak sempat nak tengok MIB. Hehe.. MIB memang best by the way. Kelaka jek. Makan harini macam psycho cookie monster. Semua sebab keluar dengan member. Hehe. Mari lihat mangsa yang selamat masuk dalam perut harini

Breakfast
Oat+nesvita

Lunch
Secret recipe grilled chicken+rice
iced lemon tea

Petang
Roti telur + kopi o

Dinner
nasik 1 senduk+kari ikan n kerang

Hehe.. Hebat tak makan harini? Yessssss... Anggap harini ialah rest day. So, sabtu or ahad ke gym la kita ye. Padan muka diri sendiri! Besok aku akan semangat kat gym. No more slacking. No more rasa malas! Chaiyokk!!

Ps: And finally start Insanity. Haha.

And this..

Seriusly, aku ada option untuk makan japanese soba tadi tapi sebab aku tergoda gila dengan grilled chicken tu terus cancel. Huhu.. The only thing I regret.


Day 37: Grr.

Posted by lapargirl59 on Monday, 4 June 2012. Filed under: , ,
No Comments »

Gym
Treadmill: 30 min (C25K W5W3)
Weights: 20 min
Cross trainer: 15 min

Lately aku ada problem tidur. Tak boleh tidur langsung! Mula-mula ngantuk, tapi bila dah baring terus rasa segar. Bayangkan la dari pukul 12-3 pagi aku terkebil-kebil cuba nak tidur. Kalau aku ni seorang yang berani dah lama bangun workout tapi realitinya tidak. Hehe. Jadi bangun pagi dengan mood yang hampeh, kaki berat tapi aku paksa jugak pergi gym. Takkan tetiap hari Isnin tak pergi kot. Banyak cantekkk.. Plan nak buat insanity harini pulak dilupakan sebab malas ni la. Huarghhhh!
Tadi kat gym buat C25K W5W3 yang amat payah ini. Walaupun aku lari perlahan sangat dah macam berjalan tapi aku gagahkan jugak. Siapa suruh rest day 2 hari? Sendiri tanggung la. Hoho.. Tapi besok W6W1 macam ok.  InsyaAllah boleh. Tapi W7 sampai week 9 is the real thing. TT_TT

Lama tak letak pic sendiri. Sila la tatapi. Hehe


Makan
Breakfast
Oat+nesvita

Post workout
Apple hijau

Lunch 
Nasik satu senduk
Sayur sawi rebus+sambal jering+tempe goreng
Coklat sebijik (dapat dari rumah kawen)

Petang
Kopi o

Dinner
Oat+nesvita+roti gardenia sambal
Roti 2 keping+sambal jering (lapar lagi pulak)


Aku memang kena kontrol la makan aku ni. Prinsip aku sekarang ialah jangan biar perut lapar. Masalahnya bila lapar tengok buah langsung tak berselera. Tengok nasik, nyum2. Heee.. Tapi this week kena kontrol betul-betul. Yela, last week makan ke laut kot. .

Ditujukan kepada diri sendiri. 


Day 36: Hello June!

Posted by lapargirl59 on Friday, 1 June 2012. Filed under: ,
1 Comment

Gym
Cross trainer: 30 min (crazy bitch style)
Weights: 35 min (machine+ kettle bell)
Bicycle: 20 min

Sepatutnya aku ty C25K W5W3 tapi treadmill ada orang guna pulak. Ada je kosong tapi segan lari sebelah lelaki. Hehe. So, maybe Isnin ke aku try. Tapi serius tak mampu lagi nak lari 20 menet. Takpe lah. Asalkan aku coba..
So harini baru finish download Insanity. Complete semua workout and journal tah hape bagai. Bila nak start? Maybe next week. 60 days of insanity. Hehe.. Cool name. Siapa nak download guna torrent je. Aku download 3 hari kot baru nak habis. Tengok sikit workout dia macam mana. Omaknenek. Gila ah.. Mampu ke aku buat? We'll see. We'll see.


Makan
Breakfast
Oat+nesvita

Post workout
1/2 mangga

Lunch
Nasik 2 senduk+sambal kentang ikan bilis+gulai labu

Dinner
Oat+nesvita+pisang
Telur dadar 1/4

Snack
Apple hijau
Biskut oat iko 2 keping

Harini makan ok la banding semalam. Gila ah semalam. 3 pinggan nasik aku tibai. Harini pun rasa macam tak leh kontrol je. Nak makan lagi. Tapi tahannnn je. Minggu ni ada 3 kenduri kawen yang nak disinggah. Mudah-mudahan aku dapat menahan godaann.. Aminnn...