malas.

Posted by lapargirl59 on Monday, 21 May 2012. Filed under: ,

Mak aih.. Malas sangat dah ni. Harini tak pergi gym. Weekend pun tak pergi. Tapi ahad gi mandi sungai. Air deras gila. Kira workout jugak la tu ek. Huhu. Last friday tak update pun sebab malam tu letih sampai malas nak online. Tapi siang tu dah awal-awal tulis cuma tak publish je sebab nak edit dinner. Post sini je la ek. So, ini jumaat punya cerita.


Gym10.15am-12pm
Treadmill: 30 min
Weights: 15 min
Spinning: 30 min
Kettlebell: 10 min
Harini memang malassss sangat nak gi gym. Tapi aku pedulik apa! Lemak banyak, nak mengada-ngada pulak. Harini aku test lari selama yang boleh. And, aku lari non-stop 6 min 30 sec. Bangga tak? Haha..Aku rasa aku boleh push lagi tapi kang ada lak yang melecet. Hoho.. Still, I'm very proud. Kettle bell aku mampu buat sekejap je sebab dah tak ada tenaga. Push habis atas treadmill and basikal. Huhu. Tu yang 10 minit je tuh.
Aku cadang nak buat 30 Day Shred waktu malam. Yela,kelas 2 minggu je sekali. Rugi la. So, iinsyaAllah, hari yang free waktu malam tu aku akan try buat 30 DS. 


Pasa makan tak yah cite. Anggap je la jumaat, sabtu and ahad termasuk la harini tergolong dalam kategori monster eater day. Sob2. Tak tahu kenapa aku makan banyak sangat. Antara makanan tersebut ialah: 

  • nasik berpinggan-pinggan
  • nasik lemak+paru+ayam
  • megi
  • pisang goreng
  • kit kat
  • choco pie

Sepatutnya cheat day aku sekali seminggu.Tapi ini dah 3 hari cheat day. Tak patut, tak patut. Dah la minum soft drink. Huaaa.. Baru ingat nak stop minum tiba-tiba terminum. Dah terminum terus minum dengan selamba. Huaaa..

Saya, LaparGirl berjanji tidak akan sentuh nasik lemak, minuman bersusu dan soft drink selama 30 hari. 21 May-21 Jun.
 So, besok kena balik ke pangkal jalan. Dah 3 minggu tak pergi gym hari isnin. You can do this LaparGirl.



No Responses to malas.